Labels

Travel Satun

Thursday, September 1, 2016

Ramadhan Di Satun Siri 1

Terlebih dahulu saya mohon maaf. Bukan nak mengecilkan sesiapa.
Dulu dulu kat Malaysia, ramai yang bergurau begini.
Bila nak beli kereta ,
Orang cina akan tanya, ini kereta boleh berapa laju ? Kita olang niaga, mesti mau cepat.
Orang melayu akan tanya, boleh hutang dak ? Kami kerja makan gaji saja.
Orang India akan tanya, ini kereta berapa orang boleh naik. Kita family ramai.
Ok , lupakan cerita itu. Kisah yang saya nak ceritakan pada malam Ramadhan ini adalah pengalaman saya di Satun Thailand. Bermula dari awal ramadhan lagi kisah kembara saya tersiar.
Selama saya di Satun, saya jarang atau tak  pernah tengok remaja ( wairun ) race motor di jalanraya. Yang kerap saya perhatikan, motor ditunggangi maximun penumpang.
Seorang kadang kadang
Dua orang jarang jarang
Tiga orang banyak sekali.
Maksudnya , sebuah motor jarang ditunggangi seorang, paling sikit dua orang, kalau tak pun tiga orang. Lagi banyak depa tambah lagi satu tayar, jadi motor roda tiga atau dipanggil Cholay.
Asal nama cholay ni , bermula era hindustan. Pada hujung 60-an hingga awal 80-an penduduk sempadan menonton RTM. Filem SHOLAY lakunan Amitha Bachan dan Dramendra menjadi kegilaan. Dari filem ini motor roda tiga itu mendapat nama. Oleh kerana lidah siam pekat , depa tak boleh sebut " S " , dan jadi Cholay.
Berbalik kepada cerita rempit , harga bahanapi petrol atau orang sini panggil Bensin amat mahal. Dua kali harga di Malaysia. Maka gejala rempit tidak berlaku kerana nak jimat minyak . Jadi sebuah motor, biasanya naik tiga.
Sebelum saya menetap di Thailand, dengar orang cerita, motor kat Thailand, Roadtax bayar sekali , guna sampai mati.
Memang betul, motor baru di beli , guna plat merah. Selama enam bulan tak perlu bayar. Selepas enam bulan roadtax free, ditukar plate putih. Kebanyakkan mereka tak akan bayar sampai mati. Sebab mereka pun tak da lesen motosikal. Bila kemalangan cuba selesai diluar Balai Polis. Maka tiadalah laporan kemalangan. Oleh sebab itu peratus kemalangan di Thailand amat rendah kerana tiada laporan.
Peringatan untuk anda semua.
Hati hati memandu di Thailand, 80% - 90% penunggang motosikal tiada roadtax  dan lesen memandu . Jika kemalangan mati mati mereka tak mau report dan minta diselesaikan segera. Yang jadi mangsa kita pemandu Malaysia, betul pun salah dan salah lagi salah. Depa ramai , so kena gembaq sikit, mau terkucil.
Hati Hati Di Jalanraya
Salam Ramadhan
#ramadhandisatun

No comments:

Post a Comment