Labels

Travel Satun

Thursday, September 1, 2016

Dilema Melayu Satun

Dilema Melayu Satun
Mungkin perkara ini tidak disedari oleh kalangan generasi baru Melayu Satun. Mereka lebih selesa dikenali dengan Muslim Thai atau bangsa Thai.
Semalam 15hb saya dijemput oleh Persatuan Tour Guide Satun bermesyuarat mengenai Program Rumah Terbuka Aidil Fitri di Bandar Satun yang bakal diadakan pada tanggal 10hb Julai 2016.
Dalam mesyuarat berkenaan saya terdengar bisik bisik dari suara halus yang menyatakan bahawa program tersebut diadakan bagi membuktikan bahawa Melayu Satun masih bersatu dan menunjukkan bahawa kaum asal Satun terdiri dari bangsa Melayu.
Walaupun program berkenaan kurang mendapat sokongan dan bantuan dari pihak pebtadbiran tapi masih berjaya dilaksanakan.
Program kali ketiga ini mendapat sokongan kuat dari peniaga peniaga Melayu Islam Satun. Sebanyak 80 booth akan dibuka. Setiap booth yang menyediakan makanan secara percuma kepada pengunjung yang hadir.
ANDA DIJEMPUT HADIR ( 10-07-2016 ).
Menurut pihak berkenaan, program ini kurang mendapat sokongan dari pihak pentabiran berbanding dengan program berkaitan dengan perayaan Buddha seperti Loy Kratong atau Songkram.Ada kalangan Melayu sendiri yang menentang program ini.
Berbalik kepada tulisan penulis bertajuk Dasar Thesapiban, jelas membuktikan bahawa dasar ini telah berjaya merubah pemikiran Melayu Satun. Jati diri mereka telah terhapus tanpa mereka sedari. Cuma ada kumpulan kecil yang masih sedar dan cuba menyedarkan masyarakat yang lain.
Pada hemat penulis , sebagai pemerintah Thailand tidak menjadi kesalahan pada mereka memperkenalkan Dasar Thesapiban. Ini kerana bagi memudahkan setiap negara untuk ditakbir.
Cuma masyarakat itu sendiri jangan alpa dengan jatidiri adat dan budaya bangsa mereka sendiri. Dasar ini tidak memaksa mereka menukar agama. Mereka bebas menganuti agama lain selain buddha. Agama Islam bebas dilaksanakan di Satun. Tiada halangan mereka mengikut ASWJ atau Syiah.
Dari pemerhatian penulis, pepecahan kaum Melayu terjadi kerana kebebasan mengikut Mazhab. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan pemerintah memudahkan masyarakat melayu ditakbir.
Ini kerana perpecahan masyarakat melayu kerana mazhab ketara berlaku di Satun. Dalam sebuah kampung, walaupun kecil , masyarakat berpecah menurut mazhab masing masing. Surau surau didirikan mengikut mazhab sendiri. Oleh yang demikian kekuatan Melayu kian mengecil tanpa Melayu sedari.
Benar Islam agama yang menyatukan tetapi perbalahan mazhab memecah belahkan masyarakat.
Perkara ini bukan saja berlaku di Satun , malah diseluruh wilayah bahkan telah merebak di Pattani, Yala mahupun di Naratiwat.
Kesan Dasar Thesapiban telah berjaya  merubahkan jatidiri bangsa Melayu bahkan pegangan Agama orang Melayu.
Pengkaji pengkaji sejarah Melayu sekadar boleh syok sendiri dengan hasil kajian mereka. Tidak ada daya lagi yang bisa merubahkan jatidiri Melayu dengan tulisan dalam bahasa Melayu mahupun dalam Inggeris kerana tulisan dalam bahasa berkenaan tidak difahami dan dibaca oleh Melayu Thai kerana mereka lebih mahir dalam Bahasa Thai berbanding Bahasa Melayu.
Tindakan bijak dan pandangan jauh kehadapan pemerintah Thai menyatukan rakyatnya dalam bahasa Thai memudahkan pemerintahan mereka. Jika perkara ini tidak dilakukan , mungkin wilayah yang bersempadan dengan Malaysia lebih cenderung kepada Malaysia . Lebih parah lagi pergolakkan teruk akan berlaku dan mungkin anda semua tidak kenal Krabi atau Phuket kerana peluang untuk berlibur terbatas.
Pandangan peribadi penulis , biarlah mereka selesa dengan kehidupan dinegara mereka. Tidak perlu kita mengganggu gugat keharmonian mereka disini. Apa yang kita boleh membantu hanyalah membantu mereka memartabatkan Bahasa Melayu. Kemahiran berbahasa Melayu boleh mengembalikan jatidiri bangsa Melayu itu sendiri daripada kita membuat kajian sejarah tapi sia sia kerana bangsa Melayu tidak mampu membaca Sejarah Melayu.
Penulis rasanya malas bertekak dengan pengkaji sejarah melayu yang emosional. Terlalu berlalu beremosi dalam membetulkan fakta kajiannya tapi sekadar bergoyang kaki tanpa berusah memberi pemahaman sejarah kepada bangsa melayu Thai. Mereka sekadar memarakkan api kepada kepada Melayu di Malaysia tapi Melayu disini tidak tahu apa apa. Jika anda benar benar sayangkan Bangsa Melayu dipersilakan berkorbankan diri menjadi sukarelawan tanpa gaji , mengajar bahasa Melayu disini kerana Bahasa Jiwa Bangsa.
~ unsung hero ~
#ramadhandisatun9
#dilemamelayusatun
Sam Selian Sulaiman mungkin terjawab secara dasar persoalan anda. Ada perkara yang berat sukar diluahkan di medium ini.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

No comments:

Post a Comment