Labels

Travel Satun

Thursday, September 1, 2016

Ramadan Di Satun : Kenduri Kahwin

Majlis Perkahwinan Masyarakat Melayu Satun.
Zaman kian berubah , maka adat kian ditelan zaman. Pernikahan yang diatur oleh kedua orang tua tidak lagi releven di masa kini.
Kebanyakkan pasangan bercinta dan kemudian serasi atau dipaksa mendirikan rumah tangga.
Bagi masyarakat kampung di Satun, ada kalangan mereka bernikah diusia semuda 13 tahun bagi wanita dan 15 tahun bagi lelaki. Remaja yang sepatutnya berada di arena persekolahan " terpaksa " bernikah muda sebab pergaulan terlalu bebas. Mereka bakal menimang cahayamata selepas sebulan atau ke tiga bulan usia pernikahan.
Bukan semua begini namun pernikahan usia remaja acap kali didengari dan berlaku. Selepas bernikah mereka akan tinggal bersama keluarga. Maka ibubapa pula akan menerima cucu bak anak bongsu. Ini kerana kedua mempelai masih lagi disuap nasi dan di pakaikan baju oleh ibubapa.
Pengantin lelaki masih lagi dengan tabiat meronda dan mandi sungai . Si pengantin wanita belum tahu mengoreng telur.( bukan semua )
Hantaran perkahwinan kekadang tidak munasabah didengari oleh telinga kita orang Malaysia. Biasanya anak dara lulusan darjah enam sekolah rendah antara RM15,000 ~ RM20,000 ( Thb150,000 ~ Thb200,000 ). Bagi lulusan Universiti pula RM30,000 ++ dengan hantaran serba satu emas.
Semasa di majlis peminangan , menjadi pantang bagi pihak pengantin wanita, bila belanja kahwin ditetapkan, pihak pengantin lelaki menawarnya.
Selain dari faktor akademik, wang hantaran juga berpandukan latarbelakang keluarga. Jika keluarga berharta maka mahal lagi wang hantarannya.
Bagi penulis yang lama menetap disini kekadang rasa tidak masuk akal kerana melihat sendiri kehidupan masyarakat disini. Kekadang terlintas dibenak, benarkah mereka membayar sebanyak ini atau sekadar mengistihar dan wangnya tidak diterima sebanyak yang ditetapkan. Bak kata bahasa FB , propa saja lebih.
Kekadang penulis ada juga dengar yang pihak lelaki menjual tanah kerana ingin berkahwin. Penulis pernah bertanya, berbaloikah ? Ada juga yang menjawab berbaloi kerana pengantin wanita bakal mewarisi harta melebihi harta yang dijual. Sambil tersenyum berkata didalam hati, alangkah faedahnya jika, hantaran berpada pada dan harta digunakan untuk masa hadapan.
Penulis pernah membawa seorang sahabat Aimpro Samudra ke majlis perkahwinan jiran. Saudara kita ada membuat rakaman video semasa upacara akad nikah. ( Dia boleh komen 😂 , ada kisah lucu ) . Pernikahan seorang janda dan teruna. Hantaran Thb100,000 serba satu emas.
Sekitar di majlis kenduri.
Penduduk kampung terutama jiran akan hadir ke rumah kenduri sejak lepas subuh. Jika lembu atau kambing maka , penyembelihan akan dijalankan.
Penulis ingin bercerita serba sedikit bagaimana kambing disembelih dan di lapah ( rujuk gambar ). Selepas kambing disembelih, maka dada kambing ditebuk dan dibuang perkakas dalaman. Kemudian kambing akan di sula dengan buluh dan disalai. Bila semua bulu dah terbakar, maka dikikis bakinya. Barulah kambing itu dilapah, yakni kulitnya tidak dibuang. Kambing dipotong memgikut ukuran untuk di masak.
Kebiasaan majlis kenduri mesti jamuan hidang. Jika dibuat selfservis pun, penduduk akan mengisi lauk ke piring dan makan berhidang. Mereka berasa janggal kalau tidak makan berhidang. Maka tenaga remaja sebagai penanggah ( mentara ) diperlukan oleh menghidangkan jamuan.
Kebiasaan penduduk akan membawa gula,beras dan sebagai sebagai bekas kenduri . Sekarang mangkuk tingkat ( mangkuk sia, xtau nak eja )sudah tidak diguna lagi hilang dek arus kemodenan.
Bagi penduduk yang membawa bekas dan dan membantu, mereka akan dibalas dengan sebungkus nasi dan sebungkus lauk. Maka tak sempat pukul 3.00 lauk pauk akan licin. Oleh itu jika ke kenduri di Satun, harap datang awal.
Oleh kerana arus kemodenan dek bencana Selfie, maka kini, setiap majlis kenduri ada pelamin. Pengantin akan berdiri di depan pelamin untuk menyambut tetamu. Mereka akan berada disini sejak dari pagi hinggalah ke penamat majlis. Sesambil melayan tetamu dan menghadiahkan bunga telur kepada tetamu yang balik.
Penutup majlis, pengantin lelaki tukar pakaian dan cuci kawah dan periuk belanga .
Itulah serba sedikit adat kenduri kahwin di Satun
#RamadhandiSatun7 #kendurikahwin

No comments:

Post a Comment