Labels

Travel Satun

Thursday, September 1, 2016

Ramadhan Di Satun 10

Sebelum aku buat keputusan tinggal di Satun , aku banyak mengembara di utara Thailand. Disana aku dapati ramai orang Inggeris yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Inggeris secara percuma. Disamping itu mereka juga menyebar dakyah agama kristian.
Aku pernah berbual dengan mereka ketika perjlanan dari Bangkok ke  Butterworth didalam keretapi. Menurut beliau , beliau mendapat peruntukkan dana dari sebuah gereja di USA. Oleh itu kehidupannya selesa dan lengkap dengan segala kemudahan.
Awal Ramadhan ini , aku terima wasup mesej. Statmentnya lebih kurang begini.

1.kita Melayu jual air jampi Tok Guru kononnya dibaca 30 juzuk Al Quran.
Orang Kristian Holy Water bagi free.

2.Orang Melayu jadi Pak Imam , minta gaji
Orang Kristian jadi Paderi Sukarela

3.Orang Melayu Ustaz demand bayaran ceramah
Orang Putih , buat sukarela

Respon saya sebagai pejuang.

Bila jadi pejuang , saya amat terasa dengan kenyataan ini. Macamlah kami serta ahli agama tak payah makan,tak payah pakai,tak lakukan apa saja. Semua tunggu pahala.

Nak dapat pahala kena ada tenaga . Nak dapat tenaga kena makan.Nak makan kena beli.Nak beli kena ada duit.Nak ada duit kena kerja.

Kami rajin baca Al Quran.Ramadhan Khatam 30 juzuk, sambil khatam kami sediakan bekas air. Air bacaan Al Quran kami jual untuk menampung kami mencari pahala lagi.
Ko baca Quran Malas. Quran ko buta , yang ko tahu nak free je.

Pak Imam ada Isteri dan anak anak.
Keluarga Pak Imam perlu keperluan asas.
Nak makan nak pakai.Nak ke sekolah.Nak ke universiti.
Paderi tak boleh kahwin.Dia tak ada anak bini. Gereja sediakan rumah bak hotel 3 bintang.Kereta dengan Driver. Ada tukang masak. Bolehlah dia sukarela.

Ustaz tinggal di perlis.Di jemput ceramah di Johor Baharu. Takkan ustaz nak pi naik basikal. Esoknya ustaz di jemput ke Kota Kinabalu.Bolehkah ustaz naik rakit ?
Ustaz dah sebulan tak kerja, anak bini dirumah nak makan apa.
Ko bayar tengok konsert Scorpion tiket RM500 ko mampu. Nak bagi kat ustaz ko berkira. Ingat dengan doa ustaz boleh kenyang ka.

Pengalaman dengan Dr.Wong Chin Huat, ( ikuti ceritanya di blog ) menyedarkan saya.
Dia membunuh ego saya
DIA KATA PEJUANG LEBIH PERLU DARI SEBUAH BANGGUNAN SEKOLAH.KALAU PEJUANG TAK DA MAKAN, PEJUANG TAK SIHAT. KALAU PEJUANG TAK SIHAT ,SIAPA YANG NAK BERJUANG ?

Inilah perbezaan mentaliti orang kristian berbanding orang melayu.

Sedekah AL Quran pada pejuang. Pejuang larat nak makan doa. Tak makan nasi ,ikut hukum alam boleh mati.

ANDA BACA DAN ANDA FIKIRKAN.
Saya up status dari pengalaman saya
SALAM RAMADHAN
#Ramadhandisatun10
#statusprovokasi
#ingindapatmaklumbalas

Dilema Melayu Satun

Dilema Melayu Satun
Mungkin perkara ini tidak disedari oleh kalangan generasi baru Melayu Satun. Mereka lebih selesa dikenali dengan Muslim Thai atau bangsa Thai.
Semalam 15hb saya dijemput oleh Persatuan Tour Guide Satun bermesyuarat mengenai Program Rumah Terbuka Aidil Fitri di Bandar Satun yang bakal diadakan pada tanggal 10hb Julai 2016.
Dalam mesyuarat berkenaan saya terdengar bisik bisik dari suara halus yang menyatakan bahawa program tersebut diadakan bagi membuktikan bahawa Melayu Satun masih bersatu dan menunjukkan bahawa kaum asal Satun terdiri dari bangsa Melayu.
Walaupun program berkenaan kurang mendapat sokongan dan bantuan dari pihak pebtadbiran tapi masih berjaya dilaksanakan.
Program kali ketiga ini mendapat sokongan kuat dari peniaga peniaga Melayu Islam Satun. Sebanyak 80 booth akan dibuka. Setiap booth yang menyediakan makanan secara percuma kepada pengunjung yang hadir.
ANDA DIJEMPUT HADIR ( 10-07-2016 ).
Menurut pihak berkenaan, program ini kurang mendapat sokongan dari pihak pentabiran berbanding dengan program berkaitan dengan perayaan Buddha seperti Loy Kratong atau Songkram.Ada kalangan Melayu sendiri yang menentang program ini.
Berbalik kepada tulisan penulis bertajuk Dasar Thesapiban, jelas membuktikan bahawa dasar ini telah berjaya merubah pemikiran Melayu Satun. Jati diri mereka telah terhapus tanpa mereka sedari. Cuma ada kumpulan kecil yang masih sedar dan cuba menyedarkan masyarakat yang lain.
Pada hemat penulis , sebagai pemerintah Thailand tidak menjadi kesalahan pada mereka memperkenalkan Dasar Thesapiban. Ini kerana bagi memudahkan setiap negara untuk ditakbir.
Cuma masyarakat itu sendiri jangan alpa dengan jatidiri adat dan budaya bangsa mereka sendiri. Dasar ini tidak memaksa mereka menukar agama. Mereka bebas menganuti agama lain selain buddha. Agama Islam bebas dilaksanakan di Satun. Tiada halangan mereka mengikut ASWJ atau Syiah.
Dari pemerhatian penulis, pepecahan kaum Melayu terjadi kerana kebebasan mengikut Mazhab. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan pemerintah memudahkan masyarakat melayu ditakbir.
Ini kerana perpecahan masyarakat melayu kerana mazhab ketara berlaku di Satun. Dalam sebuah kampung, walaupun kecil , masyarakat berpecah menurut mazhab masing masing. Surau surau didirikan mengikut mazhab sendiri. Oleh yang demikian kekuatan Melayu kian mengecil tanpa Melayu sedari.
Benar Islam agama yang menyatukan tetapi perbalahan mazhab memecah belahkan masyarakat.
Perkara ini bukan saja berlaku di Satun , malah diseluruh wilayah bahkan telah merebak di Pattani, Yala mahupun di Naratiwat.
Kesan Dasar Thesapiban telah berjaya  merubahkan jatidiri bangsa Melayu bahkan pegangan Agama orang Melayu.
Pengkaji pengkaji sejarah Melayu sekadar boleh syok sendiri dengan hasil kajian mereka. Tidak ada daya lagi yang bisa merubahkan jatidiri Melayu dengan tulisan dalam bahasa Melayu mahupun dalam Inggeris kerana tulisan dalam bahasa berkenaan tidak difahami dan dibaca oleh Melayu Thai kerana mereka lebih mahir dalam Bahasa Thai berbanding Bahasa Melayu.
Tindakan bijak dan pandangan jauh kehadapan pemerintah Thai menyatukan rakyatnya dalam bahasa Thai memudahkan pemerintahan mereka. Jika perkara ini tidak dilakukan , mungkin wilayah yang bersempadan dengan Malaysia lebih cenderung kepada Malaysia . Lebih parah lagi pergolakkan teruk akan berlaku dan mungkin anda semua tidak kenal Krabi atau Phuket kerana peluang untuk berlibur terbatas.
Pandangan peribadi penulis , biarlah mereka selesa dengan kehidupan dinegara mereka. Tidak perlu kita mengganggu gugat keharmonian mereka disini. Apa yang kita boleh membantu hanyalah membantu mereka memartabatkan Bahasa Melayu. Kemahiran berbahasa Melayu boleh mengembalikan jatidiri bangsa Melayu itu sendiri daripada kita membuat kajian sejarah tapi sia sia kerana bangsa Melayu tidak mampu membaca Sejarah Melayu.
Penulis rasanya malas bertekak dengan pengkaji sejarah melayu yang emosional. Terlalu berlalu beremosi dalam membetulkan fakta kajiannya tapi sekadar bergoyang kaki tanpa berusah memberi pemahaman sejarah kepada bangsa melayu Thai. Mereka sekadar memarakkan api kepada kepada Melayu di Malaysia tapi Melayu disini tidak tahu apa apa. Jika anda benar benar sayangkan Bangsa Melayu dipersilakan berkorbankan diri menjadi sukarelawan tanpa gaji , mengajar bahasa Melayu disini kerana Bahasa Jiwa Bangsa.
~ unsung hero ~
#ramadhandisatun9
#dilemamelayusatun
Sam Selian Sulaiman mungkin terjawab secara dasar persoalan anda. Ada perkara yang berat sukar diluahkan di medium ini.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Ramadhan Di Satun: Nikah Di Siam

Cerita di Majlis Agama Islam Satun
Telefon berdering, saya pun mecapainya, lantas , Assalamualaikum !
Waalaikumsalam, saya nak tanya gi mana nak nikah di Satun, apa syarat syaratnya dan berapa bayarannya ?

Saya jawab, bawa pasangan.
Bawa passport
Dua keping gambar setiap seorang.
Jika janda, bawa surat cerai, jika hilang, bawa surat akuan bersumpah.
Nama , alamat , no.mykad dan nombor hp, dua orang perujuk di Malaysia. ( Perujuk ini di minta oleh konsulat Malaysia )
Bayaran Thb3500 sahaja.

Dia tanya lagi ? Awat murah sangat, awat menikah di bawah pokok ka. Sah dak ni ?

Saya jawab , bukan saya yang tetapkan harga, Majlis Agama Islam Satun yang tetapkan. Upacara Nikah di Pejabat Kadi Majlis Agama Islam Satun. Sah dan diperakui. Jika tuan bernikah di masjid sekitar atau di luar dari Pejabat Majlis Agama Islam, tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa Islam Malaysia. Terang saya.

Dia tanya lagi , hang tak mau markup ka untuk hang ?.

Saya jawab, ikut ikhlas encik nak sedekah untuk saya dan kelas bahasa melayu saya.

Dia jawab lagi , nanti aku bagi kat hang RM1000 , sebab agen minta uruskan dia minta RM4000.Ni aku dah jimat, apalah sangat dengan sedekah kat hang RM1000.

Saya , ucap terima kasih banyak .

Setelah hari yang dijanjikan tiba, saya pun menantinya di Majlis Agama Islam Satun. Dalan setengah jam, sebuah kereta mewah berwarna biru plat Malaysia masuk. Keluar dua pasangan yang ingin bernikah , sambil bersalaman dengan saya.
Saya bawa naik ke pejabat kadi. Kebetulan kebanyakkan kakitangan pejabat kenal saya.
Assalamualaikum .
Waalaikumsalam cikgu , ada apa yang boleh saya bantu.
Saya jawab, ni saya bawa kawan nak bernikah.
Dia berkata, minta dokumen dokumen dan duduk sebentar.
Pasangan menyerahkan dokumen dan saya mohon berjumpa dengan Kadi di pejabatnya. Saya pun berlalu ke pejabat Kadi. Berjumpa untuk memberi tahu bahawa saya bawa kawan untuk bernikah .
Ini dilakukan untuk memudahkan urusan tanpa banyak soal dari pihak Kadi.
Bila urusan dokumentasi siap, pasangan dipanggil masuk ke bilik Kadi. Pasangan diajukan soalan biasa dan upacara pernikahan di lakukan. Saya mengambil gambar dan membuat video dari HP dari pasangan tersebut.
Selesai upacara, kami keluar untuk mengambil sijil nikah , sijil akuan pernikahan dan dokumen untuk konsulat Malaysia.
Segala selesai lelaki tadi ingin segera pulang, dia pun bersalaman sambil menghulur RM10 kepada saya. Ini upah saya kepada cikgu.
Assalamulaikum. Selamat Jalan.
#RamadhandiSatun8
#nikahdisatun
#nikahsiam
#kahwinsempadan

Ramadan Di Satun : Kenduri Kahwin

Majlis Perkahwinan Masyarakat Melayu Satun.
Zaman kian berubah , maka adat kian ditelan zaman. Pernikahan yang diatur oleh kedua orang tua tidak lagi releven di masa kini.
Kebanyakkan pasangan bercinta dan kemudian serasi atau dipaksa mendirikan rumah tangga.
Bagi masyarakat kampung di Satun, ada kalangan mereka bernikah diusia semuda 13 tahun bagi wanita dan 15 tahun bagi lelaki. Remaja yang sepatutnya berada di arena persekolahan " terpaksa " bernikah muda sebab pergaulan terlalu bebas. Mereka bakal menimang cahayamata selepas sebulan atau ke tiga bulan usia pernikahan.
Bukan semua begini namun pernikahan usia remaja acap kali didengari dan berlaku. Selepas bernikah mereka akan tinggal bersama keluarga. Maka ibubapa pula akan menerima cucu bak anak bongsu. Ini kerana kedua mempelai masih lagi disuap nasi dan di pakaikan baju oleh ibubapa.
Pengantin lelaki masih lagi dengan tabiat meronda dan mandi sungai . Si pengantin wanita belum tahu mengoreng telur.( bukan semua )
Hantaran perkahwinan kekadang tidak munasabah didengari oleh telinga kita orang Malaysia. Biasanya anak dara lulusan darjah enam sekolah rendah antara RM15,000 ~ RM20,000 ( Thb150,000 ~ Thb200,000 ). Bagi lulusan Universiti pula RM30,000 ++ dengan hantaran serba satu emas.
Semasa di majlis peminangan , menjadi pantang bagi pihak pengantin wanita, bila belanja kahwin ditetapkan, pihak pengantin lelaki menawarnya.
Selain dari faktor akademik, wang hantaran juga berpandukan latarbelakang keluarga. Jika keluarga berharta maka mahal lagi wang hantarannya.
Bagi penulis yang lama menetap disini kekadang rasa tidak masuk akal kerana melihat sendiri kehidupan masyarakat disini. Kekadang terlintas dibenak, benarkah mereka membayar sebanyak ini atau sekadar mengistihar dan wangnya tidak diterima sebanyak yang ditetapkan. Bak kata bahasa FB , propa saja lebih.
Kekadang penulis ada juga dengar yang pihak lelaki menjual tanah kerana ingin berkahwin. Penulis pernah bertanya, berbaloikah ? Ada juga yang menjawab berbaloi kerana pengantin wanita bakal mewarisi harta melebihi harta yang dijual. Sambil tersenyum berkata didalam hati, alangkah faedahnya jika, hantaran berpada pada dan harta digunakan untuk masa hadapan.
Penulis pernah membawa seorang sahabat Aimpro Samudra ke majlis perkahwinan jiran. Saudara kita ada membuat rakaman video semasa upacara akad nikah. ( Dia boleh komen 😂 , ada kisah lucu ) . Pernikahan seorang janda dan teruna. Hantaran Thb100,000 serba satu emas.
Sekitar di majlis kenduri.
Penduduk kampung terutama jiran akan hadir ke rumah kenduri sejak lepas subuh. Jika lembu atau kambing maka , penyembelihan akan dijalankan.
Penulis ingin bercerita serba sedikit bagaimana kambing disembelih dan di lapah ( rujuk gambar ). Selepas kambing disembelih, maka dada kambing ditebuk dan dibuang perkakas dalaman. Kemudian kambing akan di sula dengan buluh dan disalai. Bila semua bulu dah terbakar, maka dikikis bakinya. Barulah kambing itu dilapah, yakni kulitnya tidak dibuang. Kambing dipotong memgikut ukuran untuk di masak.
Kebiasaan majlis kenduri mesti jamuan hidang. Jika dibuat selfservis pun, penduduk akan mengisi lauk ke piring dan makan berhidang. Mereka berasa janggal kalau tidak makan berhidang. Maka tenaga remaja sebagai penanggah ( mentara ) diperlukan oleh menghidangkan jamuan.
Kebiasaan penduduk akan membawa gula,beras dan sebagai sebagai bekas kenduri . Sekarang mangkuk tingkat ( mangkuk sia, xtau nak eja )sudah tidak diguna lagi hilang dek arus kemodenan.
Bagi penduduk yang membawa bekas dan dan membantu, mereka akan dibalas dengan sebungkus nasi dan sebungkus lauk. Maka tak sempat pukul 3.00 lauk pauk akan licin. Oleh itu jika ke kenduri di Satun, harap datang awal.
Oleh kerana arus kemodenan dek bencana Selfie, maka kini, setiap majlis kenduri ada pelamin. Pengantin akan berdiri di depan pelamin untuk menyambut tetamu. Mereka akan berada disini sejak dari pagi hinggalah ke penamat majlis. Sesambil melayan tetamu dan menghadiahkan bunga telur kepada tetamu yang balik.
Penutup majlis, pengantin lelaki tukar pakaian dan cuci kawah dan periuk belanga .
Itulah serba sedikit adat kenduri kahwin di Satun
#RamadhandiSatun7 #kendurikahwin

Ramadhan Di Satun Siri 1

Terlebih dahulu saya mohon maaf. Bukan nak mengecilkan sesiapa.
Dulu dulu kat Malaysia, ramai yang bergurau begini.
Bila nak beli kereta ,
Orang cina akan tanya, ini kereta boleh berapa laju ? Kita olang niaga, mesti mau cepat.
Orang melayu akan tanya, boleh hutang dak ? Kami kerja makan gaji saja.
Orang India akan tanya, ini kereta berapa orang boleh naik. Kita family ramai.
Ok , lupakan cerita itu. Kisah yang saya nak ceritakan pada malam Ramadhan ini adalah pengalaman saya di Satun Thailand. Bermula dari awal ramadhan lagi kisah kembara saya tersiar.
Selama saya di Satun, saya jarang atau tak  pernah tengok remaja ( wairun ) race motor di jalanraya. Yang kerap saya perhatikan, motor ditunggangi maximun penumpang.
Seorang kadang kadang
Dua orang jarang jarang
Tiga orang banyak sekali.
Maksudnya , sebuah motor jarang ditunggangi seorang, paling sikit dua orang, kalau tak pun tiga orang. Lagi banyak depa tambah lagi satu tayar, jadi motor roda tiga atau dipanggil Cholay.
Asal nama cholay ni , bermula era hindustan. Pada hujung 60-an hingga awal 80-an penduduk sempadan menonton RTM. Filem SHOLAY lakunan Amitha Bachan dan Dramendra menjadi kegilaan. Dari filem ini motor roda tiga itu mendapat nama. Oleh kerana lidah siam pekat , depa tak boleh sebut " S " , dan jadi Cholay.
Berbalik kepada cerita rempit , harga bahanapi petrol atau orang sini panggil Bensin amat mahal. Dua kali harga di Malaysia. Maka gejala rempit tidak berlaku kerana nak jimat minyak . Jadi sebuah motor, biasanya naik tiga.
Sebelum saya menetap di Thailand, dengar orang cerita, motor kat Thailand, Roadtax bayar sekali , guna sampai mati.
Memang betul, motor baru di beli , guna plat merah. Selama enam bulan tak perlu bayar. Selepas enam bulan roadtax free, ditukar plate putih. Kebanyakkan mereka tak akan bayar sampai mati. Sebab mereka pun tak da lesen motosikal. Bila kemalangan cuba selesai diluar Balai Polis. Maka tiadalah laporan kemalangan. Oleh sebab itu peratus kemalangan di Thailand amat rendah kerana tiada laporan.
Peringatan untuk anda semua.
Hati hati memandu di Thailand, 80% - 90% penunggang motosikal tiada roadtax  dan lesen memandu . Jika kemalangan mati mati mereka tak mau report dan minta diselesaikan segera. Yang jadi mangsa kita pemandu Malaysia, betul pun salah dan salah lagi salah. Depa ramai , so kena gembaq sikit, mau terkucil.
Hati Hati Di Jalanraya
Salam Ramadhan
#ramadhandisatun