Labels

Travel Satun

Thursday, September 1, 2016

Ramadhan Di Satun: Nikah Di Siam

Cerita di Majlis Agama Islam Satun
Telefon berdering, saya pun mecapainya, lantas , Assalamualaikum !
Waalaikumsalam, saya nak tanya gi mana nak nikah di Satun, apa syarat syaratnya dan berapa bayarannya ?

Saya jawab, bawa pasangan.
Bawa passport
Dua keping gambar setiap seorang.
Jika janda, bawa surat cerai, jika hilang, bawa surat akuan bersumpah.
Nama , alamat , no.mykad dan nombor hp, dua orang perujuk di Malaysia. ( Perujuk ini di minta oleh konsulat Malaysia )
Bayaran Thb3500 sahaja.

Dia tanya lagi ? Awat murah sangat, awat menikah di bawah pokok ka. Sah dak ni ?

Saya jawab , bukan saya yang tetapkan harga, Majlis Agama Islam Satun yang tetapkan. Upacara Nikah di Pejabat Kadi Majlis Agama Islam Satun. Sah dan diperakui. Jika tuan bernikah di masjid sekitar atau di luar dari Pejabat Majlis Agama Islam, tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa Islam Malaysia. Terang saya.

Dia tanya lagi , hang tak mau markup ka untuk hang ?.

Saya jawab, ikut ikhlas encik nak sedekah untuk saya dan kelas bahasa melayu saya.

Dia jawab lagi , nanti aku bagi kat hang RM1000 , sebab agen minta uruskan dia minta RM4000.Ni aku dah jimat, apalah sangat dengan sedekah kat hang RM1000.

Saya , ucap terima kasih banyak .

Setelah hari yang dijanjikan tiba, saya pun menantinya di Majlis Agama Islam Satun. Dalan setengah jam, sebuah kereta mewah berwarna biru plat Malaysia masuk. Keluar dua pasangan yang ingin bernikah , sambil bersalaman dengan saya.
Saya bawa naik ke pejabat kadi. Kebetulan kebanyakkan kakitangan pejabat kenal saya.
Assalamualaikum .
Waalaikumsalam cikgu , ada apa yang boleh saya bantu.
Saya jawab, ni saya bawa kawan nak bernikah.
Dia berkata, minta dokumen dokumen dan duduk sebentar.
Pasangan menyerahkan dokumen dan saya mohon berjumpa dengan Kadi di pejabatnya. Saya pun berlalu ke pejabat Kadi. Berjumpa untuk memberi tahu bahawa saya bawa kawan untuk bernikah .
Ini dilakukan untuk memudahkan urusan tanpa banyak soal dari pihak Kadi.
Bila urusan dokumentasi siap, pasangan dipanggil masuk ke bilik Kadi. Pasangan diajukan soalan biasa dan upacara pernikahan di lakukan. Saya mengambil gambar dan membuat video dari HP dari pasangan tersebut.
Selesai upacara, kami keluar untuk mengambil sijil nikah , sijil akuan pernikahan dan dokumen untuk konsulat Malaysia.
Segala selesai lelaki tadi ingin segera pulang, dia pun bersalaman sambil menghulur RM10 kepada saya. Ini upah saya kepada cikgu.
Assalamulaikum. Selamat Jalan.
#RamadhandiSatun8
#nikahdisatun
#nikahsiam
#kahwinsempadan

No comments:

Post a Comment